LATAR BELAKANG

Ditubuhkan pada 22 Ogos 2007
  Cas Ligas Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri yang dimiliki oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
  Pada Februari 2017 Cas Ligas telah membuat penjenamaan semula Bas Bandar kepada BAS KITē 
  BAS KITē menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkonsepkan pelancongan.
  Pada Jun 2018, Cas Ligas telah memulakan operasi Payang Water Taxi di muara sungai Kuala Terengganu.
Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperkenalkan Negeri Terengganu dengan memberi perkhidmatan bas Pelancongan dalam bandar yang meliputi kawasan menarik di sekitar Bandaraya Pesisir Air serta perkhidmatan Payang Water Taxi di muara Sungai Terengganu.
Disamping itu sektor pelancongan akan menjadi sumber pendapatan kedua bagi Negeri Terengganu.

JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG

 

 

 

 

 

Maklumat Lanjut

PENGAMBILAN PRAKTIKAL

SILA EMAILKAN RESUME ANDA KEPADA KAMI :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Lanjut

PROMOSI TERKINI

BERITA SEMASA

SELAMAT DATANG
ALIRAN LALUAN & HENTIAN
PETA LALUAN BAS
NasiTenong

Kuala Terengganu, 28 Mac 2023 – Satu majlis berbuka puasa anjuran Cas Ligas Sdn Bhd bertempat di Payang Water Taxi River Cruise, Pulau Warisan . Majlis berbuka puasa ini telah dihadiri oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang diketuai oleh Haji Zakaria Dagang, Pengerusi Cas Ligas Sdn Bhd, Haji Wan Adnan bin wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) dan diiringi oleh Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi(PMINT), Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Ketua pegawai Korporat(PMINT), Encik Wan Khairul Hakimin bin Wan Ahamad, Ahli Lembaga Pengarah Cas Ligas Sdn Bhd, Encik Ahmad Sanusi bin Ibrahim, Pengurus Besar Cas Ligas Sdn Bhd dan jemputan wakil-wakil media.  

Majlis berbuka puasa pada tahun ini adalah bertujuan memperkenalkan pakej baharu yang disediakan kepada pengunjung Payang Water Taxi iaitu ”Nasi Tenong”. Pakej Nasi Tenong ini mula diperkenalkan oleh Payang Water Taxi pada bulan ramadan tahun ini. Perkhidmatan berbuka puasa sambil menyusuri muara sungai Kuala Terengganu dengan nasi tenong ini merupakan satu tarikan baru kepada pengunjung Payang Water Taxi yang ingin merasai keunikkan ataupun mengimbas kenangan berbuka puasa menggunakan bekas tenong yang pernah popular pada suatu masa dahulu.

Payang Water Taxi mengambil initiatif untuk memperkenalkan kembali nasi tenong ini. Pakej ini terbahagi kepada beberapa jenis lauk pauk tradisional Terengganu sebagai juadah berbuka puasa. Antaranya ialah, nasi tenong ini akan dihidangkan bersama masakan ikan baung masak tempoyak beserta ulam-ulaman dan buah-buahan. Selain itu, pengunjung juga boleh memilih juadah lain seperti Nasi berlauk sayur lemak dan kami juga turut menyediakan juadah istimewa iaitu  Nasi Arab. Harga hidangan nasi tenong ini bermula serendah RM35/seorang. Harga jualan ini sudah termasuk pakej menyusuri sungai Kuala Terengganu bersama bot Payang Water Taxi.

Selain itu,para pengunjung yang datang juga boleh membawa juadah sendiri untuk pakej berbuka puasa bersama bot Payang Water Taxi. Pakej ini dikenakan caj sebanyak Rm15.00/Dewasa dan Rm10.00/Kanak-Kanak. Minima 10 orang diperlukan bagi pakej berbuka puasa bot Payang Water Taxi. Tambahan, pada bulan ramadan ini juga, Payang Water Taxi turut mengadakan promosi diskaun sebanyak 50% bagi perkhidmatan river cruise. Harga asal perkhidmatan ini ialah Rm20.00/Dewasa dan Rm15.00/Kanak-Kanak. Sempena promosi ini harga perkhidmatan kami hanyalah Rm10.00/Dewasa dan Kanak-Kanak.

Cas Ligas Sdn Bhd(CLSB), telah ditubuhkan pada tahun 2007 dengan objektif menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui bas henti-henti yang dikenali sebagai Bas Bandar dan telah melalui penjenamaan semula pada tahun 2017 dengan nama Bas KITē. Perkhidmatan bas ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk sekitar Bandar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman. Keunikkan fizikal Bas KITē berkonsepkan pelancongan di Negeri Terengganu. Selain itu, CLSB turut menyediakan perkhidmatan Payang Water Taxi bermula pada tahun 2018. Lokasi Payang Water Taxi bertempat di Pulau Warisan, Kuala Terengganu ini menawarkan pakej menyusuri sungai Terengganu, berswafoto berlatarbelakangkan jambatan angkat.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi

Syed Azzim Danial Al-Khirid

Eksekutif Pemasaran

Tel +60 143753744

Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Lanjut

KOD QR

BILANGAN PENGUNJUNG

203830
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Semua
53
159
811
201989
4202
4602
203830

Alamat IP: 18.97.14.86
28-03-2025 07:04

 

Ikuti Kami di Media Sosial